CUKARIA ALL-STARS eBook Ú Paperback

CUKARIA ALL-STARS eBook Ú Paperback

CUKARIA ALL-STARS ❰Read❯ ➵ CUKARIA ALL-STARS Author Faizal Sulaiman – Centrumpowypadkowe.co.uk Cerpen cerpen baharu oleh mereka yang pernah menulis untuk Cukaria Buku cetakan terhad ini dihasilkan dengan kerjasama Big Bad Wolf Books Sale pada Disember Cerpen cerpen baharu oleh mereka yang pernah menulis untuk Cukaria Buku cetakan terhad ini dihasilkan dengan kerjasama Big Bad Wolf books Sale pada Disember.


10 thoughts on “CUKARIA ALL-STARS

  1. Asmar Shah Asmar Shah says:

    2.2 untuk Cukaria All Stars Kulit buku Cukaria All Stars ni, comel Aku tak letakkan ekspektasi yang tinggi untuk buku ni sebab aku tahu ia adalah koleksi cerpen tulisan ramai dengan idea yang sudah pasti berbeza beza Keputusannya, ya, aku tak melonjak riang pun selepas menutup naskah comel ini Malahan aku terus simpan buku ini ke dalam rak buku tanpa membeleknya lagi.Hanya beberapa buah cerita di dalam ini yang melekat di benak Selainnya, hanya lalu sekilas dan pergi tanpa pesan.Lagi bagus k 2.2 untuk Cukaria All Stars Kulit buku Cukaria All Stars ni, comel Aku tak letakkan ekspektasi yang tinggi untuk buku ni sebab aku tahu ia adalah koleksi cerpen tulisan ramai dengan idea yang sudah pasti berbeza beza Keputusannya, ya, aku tak melonjak riang pun selepas menutup naskah comel ini Malahan aku terus simpan buku ini ke dalam rak buku tanpa membeleknya lagi.Hanya beberapa buah cerita di dalam ini yang melekat di benak Selainnya, hanya lalu sekilas dan pergi tanpa pesan.Lagi bagus kalau buku ini betul betul menggunakan satu tema dan semua cerpen di dalam ni berasaskan tema tersebut Lagi nampak seronok sebab ada keseragaman Yalah, kan ini koleksi untuk BBW Tapi hal ni tak jadi masalah pun Hanya pendapat semata mata saja Atau mungkin pihak Fixi tidak mahu mengekang para penulis mereka untuk berkarya dan membiarkan tema semua cerpen bergerak bebas Mungkin Ada cerpen cerpen di dalam laman Cukaria yang lagi seronok dan menarik berbanding yang ada di dalam naskah ini Maaf Apa apa pun korang dah dapatkan ke buku comel ni Tapi kalau kau mengharapkan yang naskah ini mampu memuaskan kau sampai kau tak sedar yang kau terapung apung di awangan, mungkin kau kena berfikir dua tiga kali dulu untuk rentap buku ni Tapi kalau kau adalah seorang kolektor dan support penulis penulis yang ada, buku ini kau patut dapatkan dan simpan baik baik di atas rak buku kalian Ini cetakan terhad kut Apa apa pun kalian bacalah dulu Citarasakan beza beza.Peace


  2. Regina Ibrahim Regina Ibrahim says:

    TIDAK ADA BINTANG YANG AKAN DIBERIKAN atas sebab yang nyata Tidak adil kerana ada satu cerpen mama di situ Apa yang penting dinding CUKARIA semakin menarik Beratus ratus cerpen sudah terkumpul di sana Manakala koleksi All Stars ini dicetak seperti booklet comel chatbook yang menarik, ianya juga merupakan edisi terhad meraikan Big Bad Wolf Penulis penulis muda Malaysia semakin bijak bercerita, pelbagai gaya dapat dilihat di sini Pilihan pilihan ekspresi mereka mewakili gambaran diri dan b TIDAK ADA BINTANG YANG AKAN DIBERIKAN atas sebab yang nyata Tidak adil kerana ada satu cerpen mama di situ Apa yang penting dinding CUKARIA semakin menarik Beratus ratus cerpen sudah terkumpul di sana Manakala koleksi All Stars ini dicetak seperti booklet comel chatbook yang menarik, ianya juga merupakan edisi terhad meraikan Big Bad Wolf Penulis penulis muda Malaysia semakin bijak bercerita, pelbagai gaya dapat dilihat di sini Pilihan pilihan ekspresi mereka mewakili gambaran diri dan bahasa yang mereka dikuasai.Seperti biasa, mama memilih kisah wanita berusia agar anak anak yang membaca dapat menyelami isi hati wanita, sambil sambil memberikan gambaran tentang hidup, cinta, setia dan ekonomi negara yang secara tidak langsung ada di bahu ibu ibu kita mereka bukan alpha.Get your copy now


  3. Ras Ras says:

    2.7 Ada cerpen yang memberi pengajaran dan ada yang sekadar sebagai bacaan santai pada saya lah.Takkan Helang Melayu di Dunia Mohamed Naguib NgadnanKisah tentang 5 ekor Helang 4 ekor kecundang dengan wanita, harta dan takhta dan tinggal seekor tetap teguh dengan matlamat Haiwan bernama Helang selalu dikaitkan dengan kekuatan, kegagahan dan kekuasaan Kita pun biasa dengar perumpamaan seperti Gagah Umpama Helang Makanya saya menafsirkan kisah ini ibaratnya, mana mungkin kita ini akan b 2.7 Ada cerpen yang memberi pengajaran dan ada yang sekadar sebagai bacaan santai pada saya lah.Takkan Helang Melayu di Dunia Mohamed Naguib NgadnanKisah tentang 5 ekor Helang 4 ekor kecundang dengan wanita, harta dan takhta dan tinggal seekor tetap teguh dengan matlamat Haiwan bernama Helang selalu dikaitkan dengan kekuatan, kegagahan dan kekuasaan Kita pun biasa dengar perumpamaan seperti Gagah Umpama Helang Makanya saya menafsirkan kisah ini ibaratnya, mana mungkin kita ini akan berkuasa atau gah kalau kita mudah diperdayakan dengan Wanita, Harta dan Takhta Lihat sahaja lah kebanyakan pemimpin Bila sudah dikaburi dengan harta dan takhta, mereka lalai dan mudah melupakan perjuangan asal mereka Janji untuk membantu rakyat susah hanya tinggal janji kosong sahaja Bahkan, sikap seperti ini juga wujud dalam diri kita sendiri sebenarnya Kadang kadang kita punyalah bersemangat mahu memperjuangkan sesuatu tetapi bila sudah disogok dengan kesenangan kita terus melupakan matlamat asal Ne Fumez Pas Abdul Rahman ShahCerpen ini antara yang paling melekat dalam kepala saya sebab saya boleh membayangkan dengan jelas situasinya Babak turun lif tu menyeramkan Kalau ikut pencarian google saya, Ne Fumez Pas bermaksud Don t Smoke Badut Burger Kaduk Chua Kok YeeKisah pemuda bernama Malik Walaupun sudah berjaya tetapi belum bahagia kerana belum memiliki orang yang dicintai Dan dia mahu memiliki kedua duanya Tetapi lumrah kehidupan kan begitu, tidak semua keinginan kita boleh dikecapi secara sekaligus Kadang kadang perlu menunggu lama sebelum dapat memiliki kesemuanya Ekskursi G ZacharyNama penanya lelaki tetapi G Zachary seorang wanita. Saya suka dengan twist di hujung ceritanya.Daging Masak Gulai Fatimah Bee Regina IbrahimOh, yang ini memang menakutkan Kisah dipenghujung cerita tidak terduga langsung dalam fikiran saya.Fragmen FayeDoktor pun boleh jadi mental kalau layan pesakit jiwa yang kronik.Hantu Buku Arif ZulkifiWalaupun tajuk Hantu Buku tapi ceritanya tidak seram Kalau dibuat lawak, memang betul lah Amad sudah jadi hantu buku Tapi tidak mahulah saya jadikan ianya lawak yang begitu Saya ambil pengajaran yang mati itu pasti dan kita tidak tahu bila ianya akan menjemput Bayangkan bila tersedar kita sudah berada di alam lain sedangkan amalan baik masih tidak mencukupi dan hakikatnya kita sudah tidak boleh kembali ke alam dunia lagi.Kursus Mim JamilApabila tengok muka penulis ini di BBW saya tersenyum kelakar teringat bukunya bertajuk PONTENG yang saya baru habis baca minggu lepas Ni lah rupanya penulis yang tulis kisah Chief dan geng dia Lepas tu teringat lah Cikgu Dust Bin Bakar si Srottt tu. Euwwww geli nya dengan watak ini Tentang cerpen Kursus ni kan saya pun geli juga. Boleh pula dua makhluk ni pergi kursus kahwin bersama sama. Eeei iii. Macam ni pun ada kan pastinya memang ada Tetapi tu lah, jangan mudah menilai orang dengan pakaian atau kerjayanya.Mana Wak Dud Aliaa AlinaYang ni memang kena baca juga lah baru tahu di mana Wak DudNasib Si Pengantin Pasidah RahmatCerpen ini membawa saya kepada perkataan Niat Kalau niat asal pun sudah tidak bagus, jangan diratapi kalau hasilnya tidak seperti yang diingini Niat kena betul.Nilai Sebuah Pekan Anuar ShahSuka dengan tajuknya yang boleh memberi banyak makna mengikut kefahaman pembaca sendiri Mengikut apa yang saya tahu, Nilai ni dikatakan tempat menjual barang rumah dan barang kahwin dengan harga yang sangat murah Jadi pernah lah ke sana untuk melihat sendiri harga murah itu Hasilnya, saya tidak pernah merancang untuk ke sana lagi semata mata untuk beli langsir atau kain atau barang keperluan lain kerana tidak berbaloi dengan kos minyak yang saya perlu tanggung Mungkin harga yang murah gila itu adalah beberapa tahun yang lama dahulu dan bukannya tahun yang saya jejak Saya setuju majoriti pun akan setuju rasanya dengan penulis bahawa Nilai dahulu sudah tidak sama dengan Nilai sekarang.Perspektif Mariana Aliaa AlinaYang ini lagi seorang mental Aduhai. Sebelum Kiamat Faizal SulaimanInsaf baca kisah ni Bayangkan tidak sempat bertaubat sebelum kiamat..Selamat Tinggal Neraka Hasnol HayatMasalahnya tempat dia bekerja sekarang bukan juga syurga yang sebenarnya dan bukan tempat yang sepatutnya dia berada


  4. Pak Badrul Pak Badrul says:

    Seperti biasa, apabila ada terbitan baru edisi terhad Fixi maka aku akan beli untuk dikumpulkan bersama dengan yang lain di rak buku Aku jarang baca cerpen di page FB Cukaria Mungkin hanya sekali dua Lepas ni mungkin akan luangkan masa menjenguk page tu Bagi himpunan cerpen dalam edisi terhad ni pula, cuma ada 3 atau 4 sahaja kisah yang best bagi aku.


  5. heril azwan heril azwan says:

    Menghimpun 14 cerpen yang pernah tersiar di cukaria, buku ini menghimpunkan cerpen daripada 13 penulis berbeza dengan pelbagai genre Antara cerpen yang berjaya menarik perhatian saya adalah 1 Takkan Helang Melayu di Dunia sinis menyindir tapi santai dari segi penyampaian dan penulisan.2 Kursus mengangkat tema yang taboo dalam masyarakat dan digabungkan dalam satu kisah pendek yang tetap memberi kesan.3 Dua cerpen Aliaa Alina saya suka gaya penulisan beliau, santai, penuh twist yang t Menghimpun 14 cerpen yang pernah tersiar di cukaria, buku ini menghimpunkan cerpen daripada 13 penulis berbeza dengan pelbagai genre Antara cerpen yang berjaya menarik perhatian saya adalah 1 Takkan Helang Melayu di Dunia sinis menyindir tapi santai dari segi penyampaian dan penulisan.2 Kursus mengangkat tema yang taboo dalam masyarakat dan digabungkan dalam satu kisah pendek yang tetap memberi kesan.3 Dua cerpen Aliaa Alina saya suka gaya penulisan beliau, santai, penuh twist yang tak dijangka dan mengesankan Mungkin patut menulis novel untuk kisah di atas.Ada beberapa cerpen yang seakan sudah biasa diketengahkan, namun tetap menarik di baca.Apapun, tahniah untuk semua penulis ps masa yang lama di ambil untuk membaca kerana di baca ketika watuk lunch hour di office


  6. Anis Suhaila Anis Suhaila says:

    Cerpen kegemaran Hantu Buku Arif Zulkifli Kursus Mim Jamil Perspektif Mariana Aliaa Alina Setakat ni cerpen cerpen tulisan Mim Jamil tidak pernah mengecewakan.


  7. Muhamad Fahmi Muhamad Fahmi says:

    Tidakkah mengumpul sekumpulan cerpen dengan tema yang sama itu lebih baik seperti sebelum sebelum ini Tak adil untuk mengatakan semua cerpen di dalam buku edisi cetakan terhad ini teruk kerana ada juga terselit beberapa cerpen yang sangat terhad dan jarang ditemui di mana mana.


  8. Azrie Idzmeer Azrie Idzmeer says:

    Sejujurnya, saya sangat terhibur dengan cerita cerita dalam antologi ini Mungkin ada sedikit kekurangan tapi itu adalah perkara biasa untuk antologi sebegini Bukan semua cerita di dalam setiap antologi itu menarik dan mempunyai impak yang sama Jadi, tidak adil untuk kita katakan bahawa antologi itu tidak menarik hanya kerana ada cerita yang kurang memberi impak.Apa yang membuat antologi ini mendapat empat bintang dari saya adalah plot twists untuk setiap cerita yang tidak dijangkakan Kebia Sejujurnya, saya sangat terhibur dengan cerita cerita dalam antologi ini Mungkin ada sedikit kekurangan tapi itu adalah perkara biasa untuk antologi sebegini Bukan semua cerita di dalam setiap antologi itu menarik dan mempunyai impak yang sama Jadi, tidak adil untuk kita katakan bahawa antologi itu tidak menarik hanya kerana ada cerita yang kurang memberi impak.Apa yang membuat antologi ini mendapat empat bintang dari saya adalah plot twists untuk setiap cerita yang tidak dijangkakan Kebiasaannya, bila saya membaca cerita pendek, saya akan mula membayangkan bagaimana penghujungnya nanti Ternyata hampir kesemua cerita di dalam antologi ini mempunyai plot twists yang saya sendiri gagal untuk bayangkan ketika membacanya Syabas buat semua penulis Cerpen cerpen yang berjaya menambat hati saya dan ada yang membuat bulu roma saya meremang selepas tamat bacaan 1 Ne Fumez Pas Penghujung yang ternyata cukup menakutkan 2 Badut Burger Kaduk Penghujung yang membuat saya tersenyum senyum macam kerang busuk dalam tren menuju ke Kuala Lumpur3 Ekskursi Satu lagi cerpen dengan penghujung yang cukup menakutkan 4 Daging Masak Gulai Fatimah Bee Penghujung yang sangat sangat tidak dijangkakan 5 Fragmen Penghujung yang sangat sangat tidak dijangkakan dan cukup untuk membuat jantung saya berdebar 6 Hantu Buku Satu lagi cerpen dengan penghujung yang mungkin sama macam Ekskursi tapi masih tetap menakutkan 7 Kursus Penghujung yang bikin saya tersenyum 8 Mana Wak Dud Aduh Ini lagi satu cerpen dengan penghujung yang sangat mendebarkan 9 Sebelum Kiamat Saya paling sukakan ini


  9. Iffah Syed Ariffin Iffah Syed Ariffin says:

    3 2020 Cukaria All Stars Buku ketiga di tahun 2020 Salah satu dari edisi terhad FIXI untuk Big Bad Wolf Hanya ada 3000 cetakan sahaja Saya sangat sukakan rekabentuk kulit Cukaria All Stars ini Comel .Baiklah, seterusnya untuk isi buku ini ada antara tulisannya sangat menarik dan ada yang kurang kadar tarikannya..dan itu sudah dijangka kerana ini adalah sebuah antologi dari ramai pengkarya yang belum tentu semua cara mengolah cerpen mereka akan sesuai dengan minat kita, kan.Sesuai unt 3 2020 Cukaria All Stars Buku ketiga di tahun 2020 Salah satu dari edisi terhad FIXI untuk Big Bad Wolf Hanya ada 3000 cetakan sahaja Saya sangat sukakan rekabentuk kulit Cukaria All Stars ini Comel .Baiklah, seterusnya untuk isi buku ini ada antara tulisannya sangat menarik dan ada yang kurang kadar tarikannya..dan itu sudah dijangka kerana ini adalah sebuah antologi dari ramai pengkarya yang belum tentu semua cara mengolah cerpen mereka akan sesuai dengan minat kita, kan.Sesuai untuk bacaan ringan di hujung minggu Penilaian peribadi untuk naskhah ini 3.2 5


  10. Ikmal Fitri (iikmalreads) Ikmal Fitri (iikmalreads) says:

    Aku tak expect yg aku akan enjoy antologi ni sebab buku kumpulan cerpen bukan kegemaran aku Tapu cerpen cerpen dalam buku ni kebanyakannya memenuhi citarasa aku Thumbs up kepada semua penulis.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *